Perak Hari Ini

Perdasama Perak Beri Sumbangan Kepada Persatuan Pink Champion

IPOH : Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Negeri Perak menghulurkan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada Persatuan Pink Champion Perak sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Setiausahanya, Rehana Mohd Abbas berkata, sumbangan tersebut diberikan hasil daripada jualan baju ‘Saya Malaysia’ pada Oktober hingga November 2016.

“Baju ‘Saya Malaysia’ ini dijual dengan harga RM25 sehelai dan daripada jumlah itu, RM10 akan disumbangkan kepada Persatuan Pink Champion Perak, sebuah persatuan yang aktif dalam memberi kesedaran tentang kanser payudara.

“Tambahan pula, sebanyak 60 peratus ahli Perdasama di Perak adalah wanita. Menerusi program sebegini, kita bukan sahaja memberi kesedaran tentang kanser payu dara kepada ahli,tetapi juga kepada orang ramai,”katanya ketika ditemui selepas menyampaikan cek tersebut.

Cek sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua Perdasama Perak, Suhaida Mohd Hashim kepada Pengerusi Persatuan Pink Champion Perak, Mardianah Yusof.

Turut hadir ialah Penasihat Persatuan Pink Champion Ipoh yang juga doktor pakar di Hospital Pantai, Dr S Sumithra.

Rehana berkata lagi, jualan baju ini akan diteruskan dan pihaknya mensasarkan sebanyak 500,000 helai baju tersebut dijual dalam tempoh tiga tahun.

“Setiap baju yang kita jual, pembeli akan menerima ‘button badge’ dan sijil pemilikan kerana setiap helai baju mempunyai nombor yang berbeza.

“Orang ramai yang ingin membeli baju ini, boleh ke laman Facebook, ‘Saya Malaysia’ atau ke pejabat cawangan Perdasama,”katanya.

Sementara itu, Mardianah berkata, pihaknya sentiasa memberi bantuan termasuk sesi kaunseling kepada pesakit kanser payudara yang memerlukan.

Tambahan pula, pejabat persatuan itu Hospital Pantai memudahkan lagi pihaknya memberikan khidmat kaunseling kepada pesakit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");