Jenayah

Perjalanan pulang berakhir tragedi

Kota Kinabalu: Perjalanan pulang seorang lelaki berakhir tragedi selepas dia maut apabila motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah kereta di Jalan Tuaran Bypass, berhampiran Kampung Darau, Manggatal, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.17 malam itu, Mohd Saifful Maradani, 25, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HKKWS) Likas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Yamaha RXZ dan dipercayai dalam perjalanan pulang dari arah Tamparuli ke Inanam.

“Sebaik tiba di lokasi, motosikal itu merempuh kereta Toyota Corona dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai melakukan pusingan U di laluan berkenaan.

“Akibat jarak terlalu dekat, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh bahagian belakang kenderaan terbabit sebelum lelaki itu tercampak di atas jalan,” katanya.

Beliau berkata, impak kemalangan itu menyebabkan mangsa parah di kepala dan badan.

Katanya, dia kemudian dibawa ke HWKKS Likas untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia jam 9.21 malam, hari yang sama.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");