Berita Hari Ini

Perlu ada pengganti beg plastik

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor seharusnya menyediakan bahan pengganti kepada plastik dalam pelaksanaan kempen #BebasPlastik yang dilancarkannya sejak 1 Januari lalu.

Pakar bidang kaunseling, Universiti Teknologi Malaysia, Dr Roslee Ahmad, rakyat Malaysia memang sudah terbiasa dengan amalan bebas plastik setiap hari Sabtu, namun dalam langkah perluasan kempen kepada setiap hari sejak awal tahun ini mungkin agak tergesa-gesa.

“Pertama sekali, hasrat dan objektif pelaksanaannya bagus kerana pendekatan berkenaan kita faham akan mendatangkan kesan yang baik untuk alam sekitar.

Selain itu, kempen tersebut juga dapat timbulkan kesedaran kepada orang awam dalam mengurangkan kurangkan penggunaan plastik.

“Namun, kena tengok juga kepada keperluan pengguna dan pada hemat saya, kerajaan Selangor sepatutnya merangka satu bahan pengganti atau alternatif terutama di pasaraya. Seperti sesetengah negara di luar, mereka ada sediakan beg kertas sebagai ganti kepada plastik,” katanya.

Roslee turut mencadangkan beberapa langkah yang dilihat mampu menyokong kempen #BebasPlastik.

“Pada pendapat saya, antara langkah yang boleh dikaji ialah kempen di mana pasaraya bagi kredit kepada pengguna jika bawa bekas sendiri bagi menggantikan plastik, secara tidak langsung ini akan memberikan keuntungan kepada ketiga-tiga pihak iaitu pengguna, pasaraya dan alam sekitar,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");