Membawang Hari Ini

Perubahan dalam kerjaya

Minat yang mendalam terhadap penyampaian berita mendorong pelakon Norish Karman beralih ke bidang berkenaan. Kian aktif membaca berita di saluran Bernama News Channel (BNC), Norish, 42, berkata, selepas puas berlakon dia mahu kembali mencuba bidang asalnya.

“Mungkin ramai yang tidak tahu pada awal dulu saya pernah membaca berita di Singapura. Ketika itu saya berusia 18 tahun. Orang hanya tahu saya pelakon tetapi mereka tidak tahu saya bermula dalam bidang penyiaran sebagai pembaca berita.

“Apabila sudah lama meninggalkan bidang itu pastinya saya mula rasa rindu. Saya pun sudah kurang berlakon menyebabkan kena mencuba bidang lain pula,” katanya.

Norish berkata, bidang penyiaran sentiasa dekat di hatinya dan kembalinya dia kepada bidang berkenaan bukanlah kerana sudah tiada tawaran berlakon tetapi lebih kepada minat serta rindu terhadap sesuatu yang sudah lama ditinggalkan.

“Saya mahu melakukan perubahan dalam kerjaya saya. Syukur BNC membuka lembaran baru dalam kerjaya saya tetapi tidak terlalu memikirkan status sebagai selebriti ketika memohon pekerjaan itu. Semuanya saya tolak tepi,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas kerjaya lakonannya, Norish yang juga bekas peserta program Pengacara Jemputan Nona (PJN) pertengahan 1990-an, bakal sibuk di set penggambaran drama 60 episod tidak lama lagi.

“Saya bersyukur pengurusan BNC tidak menghalang saya untuk terus berlakon asalkan tidak mengganggu tugas sebagai pembaca berita. Oleh itu, saya perlu bijak membahagikan masa di samping perlu menjaga nama baik syarikat,” katanya lagi.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");