Jenayah

Petaka 7 malam

Jempol: Dua pemandu kereta maut manakala seorang penumpang cedera selepas terbabit kemalangan di Jalan Besar FELDA Palong 7, di sini, malam kelmarin.

Pemandu Proton Wira, Boo Choon Bon, 38, dan pemandu Proton Iswara, Mohd Mustaffa Abdul Raman, 34, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jempol.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kemalangan jam 7 malam itu, kedua-dua mangsa parah di kepala dan badan.

“Berdasarkan siasatan awal, Boo yang menaiki kereta bersama rakannya, Chan Hoe Han, 30, dari Kuantan ke Melaka dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapan lalu bertembung dengan Proton Iswara dari arah bertentangan.

“Pertembungan itu mengakibatkan ketiga-tiga mangsa tersepit dan dikeluarkan bomba sebelum dihantar ke Hospital Jempol,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, hospital mengesahkan Boo meninggal dunia ketika menerima rawatan, jam 8.53 malam.

“Selang dua jam, Mohd Mustaffa pula dilaporkan meninggal dunia, jam 10.45 malam. Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital itu untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");