Panasnya Hari Ini

Pilihan Raya Mengejut Di Sabah?

KUALA LUMPUR: Sabah kini dikatakan dalam persiapan menjelang pilihan raya negeri yang dijangka diadakan awal April ini.

Memetik laporan Mstar Online, difahamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan cadangan itu, namun beliau meminta supaya penilaian dibuat sebelum keputusan diambil.

Penilaian ‘rahsia’ itu akan melibat sebarang kemungkinan risiko di 60 kerusi negeri dan sumber terdekat memberitahu laporan itu akan siap menjelang bulan depan.

“Laporan positif jelas bermaksud pilihan raya akan diadakan lebih awal,” jelas sumber itu.

Bagaimanapun tarikh sesuai bagi pilihan raya ini bergantung kepada perubahan yang sedang dijalankan dengan penambahan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah.

Cadangan untuk mengadakan pilihan raya berasingan telah timbul sejak Jun lalu selepas kejayaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Malah spekulasi terus tersebar apabila Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Aman telah mengarahkan semua anggotanya untuk bersedia dan bekerja seolah-olah ‘pilihanraya setiap hari’.

Presiden PBS Seri Seri Joseph Pairin Kitingan berkata kepada media kemungkinan akan ada kejutan dan “semua boleh berlaku”.

Bagaimanapun, Musa meminta supaya semua pihak supaya tenang dan tidak terlalu membuat spekulasi mengenai pilihan raya ini.

“Prerogatif akan dilaksanakan selepas perbincangan Ketua Menteri dengan Perdana Menteri.

“Saya yakin rakyat Sabah akan mengundi untuk kestabilan dan pembangunan yang berterusan,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");