Berita Hari Ini

PM harap hari pertama persekolahan ceria

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berharap sesi persekolahan 2017 yang bermula hari ini dan esok ceria serta mendoakan ia berjalan lancar.

Menerusi entri terbaru laman Facebook rasminya, Perdana Menteri berkata, waktu sekolah antara paling seronok bagi usia muda.

Beliau yakin ramai anak tidak sabar memulakan sesi pembelajaran dan mencari kenalan baharu.

“Ada sesetengah tempat akan mula sesi persekolahan 2017 esok, ada yang dah mula hari ini.

“Bagi yang mula esok, macam mana persiapan? Kepada yang dah mula hari ini saya harap hari pertama di sekolah ceria dan gembira.

“Tak kurang juga ibu bapa yang gemuruh macam mereka yang masuk sekolah semula.

“Apa pun saya doakan moga semua berjalan lancar, Insya-Allah,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");