Panasnya Hari Ini

PM Tanya Persiapan Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melepaskan peluang bertanyakan mengenai persiapan rakyat menjelang Tahun Baru Cina yang bakal tiba beberapa hari lagi.

Menerusi catatan di laman Facebooknya, ujarnya, pastinya ada yang kini sedang sibuk menyediakan persiapan terakhir untuk menyambut Tahun Baru Cina ini.

“Ramai yang sibuk dengan persiapan terakhir dan masih ada yang memilih oren mandarin atau membakar biskut memandangkan ini merupakan minggu terakhir sebelum masyarakat cina menyambut Tahun Baru Cina.

Malah jelasnya sambutan sesuatu perayaan bukan hanya untuk satu kaum semata tetapi mencerminkan semangat setia kawan semua kaum.

“Saya melihat bahawa sambutan ini bukanlah hanya untuk kaum cina sahaja tetapi masa untuk menunjukkan semangat setia kawan buat semua orang,”katanya.

Perayaan Tahun Baru Cina tahun ini jatuh pada 28 dan 29 Januari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");