Jenayah

Polis minta juruletup dan pembantu tampil segera

SHAH ALAM: Polis meminta seorang juruletup haram dan tiga pembantunya untuk tampil bagi membantu siasatan kes letupan bunga api yang mencederakan orang awam pada Fiesta Gegar Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran Klang, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti empat lelaki tempatan berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu.

“Polis sudah mengenal pasti mereka dan kita meminta mereka untuk tampil secara sukarela untuk bantu siasatan kita.

“Kita beri mereka tempoh sehingga esok dan jika mereka gagal berbuat demikian, kita tiada pilihan melainkan untuk menahan mereka,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pengurusan Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal dapati mereka tidak mempunyai lesen sah atau bertauliah untuk pertunjukan letupan bunga api ketika program bersempena ambang tahun baru berkenaan.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Dalam kejadian Sabtu lepas, kegembiraan orang ramai yang mengunjungi pesta itu bagi menunggu detik 12 tengah malam tahun baharu 2017 bertukar menjadi mimpi ngeri apabila bunga api meletup di atas tanah, menyebabkan 14 cedera.

Seramai 21 individu telah dirakamkan percakapan termasuk Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohamad Yasid Bidin dan Pengarah Jabatan Korporat dan Komuniti pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, Zaireezal Ahmad Zainuddin.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");