Isu Panas

PRN Sabah Belum Muktamad – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, belum ada keputusan muktamad berkenaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah untuk dibuat lebih awal dan kedudukannya kini hanya spekulasi.

Najib yang juga Presiden UMNO itu menegaskan perlu tempoh untuk parti dan kerajaan meneliti dari segala aspek sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kita tidak ada apa-apa keputusan. Belum ada lagi sama ada awal atau tidak, kedudukannya masih spekulasi. “Kita akan lihat segala aspek. Setakat ini, saya nak tegaskan segalanya spekulasi,” katanya, memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");