Panasnya Hari Ini

PROTON Tawar Pakej Yes Altitude 4G Kepada Pelanggan

SHAH ALAM: PROTON Holdings Bhd telah menjalinkan kerjasama dengan YTL Communications Sdn Bhd (YTLC)  dalam menaikkkan taraf dari jalur lebar 4G mudah alih ke telefon pintar YES Altitude 4G LTE untuk ditawarkan kepada para pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, selaras dengan janji ‘Pelanggan Diutamakan’ untuk memberikan lebih nilai kepada mereka, usaha sama ini akan memperlihatkan tawaran pakej yang telah dipertingkatkan yang dikenali sebagai Pelan PROTON YES Altitude.

Ujarnya, pelan tersebut akan menyediakan 16GB data kepada pelanggan pada setiap bulan yang ditawarkan secara percuma selama 12 bulan dari tarikh pendaftaran kereta berkuatkuasa dari 14 Januari 2017.

“Pakej ini ditawarkan khas kepada semua pelanggan PROTON yang memilih untuk memiliki mana-mana kereta Proton dari varian Executive dan ke atas tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang mana ia tidak seperti tawaran sebelum ini.

“Kami melihat promosi ini untuk menambah lagi pengalaman bersama pakej PROTON YES Altitude 4G LTE yang membenarkan mereka berhubung melalui liputan mudah alih dengan fungsi internet yang pantas,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Tambah beliau, tawaran tersebut hanya sah sementara stok masih ada dan pihaknya yakin ia akan memberikan manfaat kepada pelanggan melalui rangkaian YES sebagai peneraju global bagi Internet 4G dengan dua rangkaian mudah alih yang teguh (4G LTE dengan VoLTE dan 4G Broadband) yang merangkumi liputan sebanyak 85 peratus negara termasuk kawasan bandar dan luar bandar yang akan menguntungkan pelanggan.

“Memandangkan penggunaan telefon pada zaman sekarang ini sebagai satu kemudahan di hujung jari, pelanggan kini boleh memuat turun aplikasi MyProton dengan telefon pintar YES Altitude 4G LTE untuk memandu uji kereta, membuat temu janji servis dan mendapatkan maklumat mengenai kereta Proton serta tawaran yang sedang berlangsung.

“Aplikasi ini boleh didapati di kedua-dua platform IOS dan Android,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTLC, Wing K. Lee berkata, pihaknya memuji wawasan PROTON sebagai pemimpin industri untuk menyediakan gaya hidup mudah alih yang berhubung untuk para pelanggan.

“Kami amat berbangga sebagai sebahagian daripada kerjasama ini. Oleh kerana Malaysia lebih terarah kepada ekonomi digital, kami percaya pelan PROTON YES Altitude akan membawa manfaat kepada pelanggan Proton dan memberi keupayaan kepada mereka untuk berkembang maju dalam era baru dunia berhubung,” tambah Wing K Lee.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emaill di [email protected] dan juga boleh melayari www.proton.com atau laman Facebook rasmi PROTON di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");