Perak Hari Ini

PTPTN : Malaysia Komited Terhadap Pendidikan Tinggi

BAGAN DATUK : Tiada negara di dunia ini yang cukup komited serta prihatin melibatkan soal pendidikan dan pendidikan tinggi seperti yang ditunjukkan oleh Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan juga sanggup mengetepikan Hutang Tidak Berbayar (NPL) badan itu demi memastikan rakyat dapat menikmati peluang pendidikan sehingga ke tahap tertinggi.

“Sebagai bekas eksekutif bank dan pengerusi bank, saya melihat dari segi kebolehbayaran dan kemampuan bayaran dan dilihat dari sudut komersial, NPF cukup tinggi kerana mereka yang tidak membayar lebih tinggi daripada mereka yang membayar.

“Tetapi oleh kerana komitmen kerajaan untuk melihat di kalangan pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan, kerajaan sanggup melupakan soal NPF demi kebertanggungjawaban sosial kepada rakyat ubtuk melihat rakyat mempunyai peluang pendidikan. Komitmen yang kerajaan tunjukkan ini melebihi nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh piawaian institusi kewangan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bagi melancarkan Geran Sepadan dan Kempen Jom Menabung Tabung bersama Tabung Pendidikan di sini, hari ini, bersempena program Pemukiman Menteri Besar Perak.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan barisan Exco negeri.

Pada majlis yang sama, seramai 2,000 pelajar di daerah ini menerima sumbangan tanggungjawab sosial korporat PTPTN berupa deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dan SSPN-i Plus dengan jumlah keseluruhan RM200,000.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut berkata, dianggarkan seramai 200,000 pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi dan sehingga 31 Disember tahun lalu, PTPTN telah meluluskan RM48.5 bilion bagi 2.6 juta peminjam.

“Ini jumlah yang cukup besar. Tidak ada negara yang komited seperti kerajaan Malaysia, melalui PTPTN yang telah memberikan jumlah pinjaman tabungan pendidikan yang tinggi kepada para pelajar,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");