Sukan Hari Ini

Pulang Pingat Emas, Tindakan Yang Sukar -Bolt

KINGSTON, Jamaica: Bintang pecut Jamaica, Usain Bolt mengakui kehilangan satu daripada sembilan koleksi pingat emas yang dimenanginya di temasya Olimpik baru-baru ini sebagai sesuatu yang cukup menyukarkan.

Memetik laporan Reuters, satu pingat emas yang dimenangi Bolt terpaksa ditarik balik oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) susulan rakan senegaranya, Nesta Carter yang berada dalam kuartet 4×100 meter (m) didapati bersalah menggunakan bahan terlarang ketika temasya 2008 di Beijing, China.

“Ia sukar namun kerana saya perlu menyerahkan kembali satu daripada pingat dan saya sudah pun memulangkannya kerana ia adalah permintaan IOC,” katanya.

“Saya tidak gembira mengenainya namun ia adalah satu perkara yang berlaku dalam kehidupan. Saya tidak boleh membenarkannya untuk mengganggu fokus saya pada musim ini, jadi saya tetap fokus namun saya tidak gembira.”

Terdahulu Carter didapati menggunakan bahan terlarang methylhexaneamine dalam siri ujian semula yang dikendalikan IOC, Rabu lalu yang bermakna pingat emas yang dimenangi kuartet Jamaica perlu dikembalikan.

Keputusan itu menyaksikan Bolt kini hanya memiliki lapan pingat emas namun pemegang rekod dunia acara pecut 100m dan 200m itu berfikir keputusan itu tidak merosakkan kariernya yang penuh gemilang.

Malah dia mengakui peluangnya untuk mengekalkan pingat itu masih ada jika rayuan Carter kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhasil, menurut Presiden Persatuan Olimpik Jamaica, Mike Fennell.

“Ia bergantung kepada pengurusan, ada banyak pemboleh ubah jadi kami akan membincangkannya dan lihat daripada sana,” kata Bolt mengulas mengani tindakan Carter.

Bolt sebelum ini berkata, dia akan bersara selepas Kejuaraan Dunia tahun ini di London.

“Saya fikir masih banyak yang dicapai oleh saya, ia tidak mengubah apa yang saya lakukan sepanjang karier saya,” kata Bolt.

“Saya sudah bekerja keras dan berusaha sebaik mungkin dan melakukan perkara yang tiada siapa pernah lakukan sebelum ini.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");