Panasnya Hari Ini

Rakyat Kini Resah Lihat Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR : Rakyat negara ini sedang resah dengan keadaan ekonomi negara yang suram, kos sara hidup yang membebankan, kejatuhan nilai ringgit yang memberi kesan terhadap kenaikan harga barang.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ianya adalah berpunca daripada kegagalan kepimpinan negara menangani masalah rakyat.

“Malah, mereka pula menjadi beban kepada rakyat dengan pelbagai bentuk penyelewengan dan salah urus yang berlaku secara terang-terangan.

“Kita berharap semoga awan kelam yang menyelubungi negara kita segera berakhir dan muncul sinar harapan baharu yang akan menerangi kehidupan rakyat.

“Kita mahu mengembalikan semula maruah dan kegemilangan negara serta menjamin kehidupan rakyat yang lebih sejahtera,”katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan Tahun Baru Cina yang dimuatnaik di laman Facebooknya hari ini.

Beliau turut menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang matang dan bertanggungjawab supaya sentiasa menyuburkan perasaan hormat-menghormati antara kaum.

“Selain itu, perlulah menolak sebarang usaha ke arah menimbulkan prasangka buruk antara kaum yang selama ini terjalin erat.

“Perbalahan dan perpecahan hanya akan membawa kepada kemusnahan dan tidak menguntungkan negara,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");