Isu Panas

Rakyat perlu desak pemimpin politik ikrar pendirian

SHAH ALAM – Rakyat perlu bertindak dan menggesa pemimpin politik yang akan bertanding pada PRU14 menetapkan pendirian mengenai isu rasuah.

Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (Now), Akmal Nasir berkata, ia bagi membolehkan rakyat mempunyai pilihan lebih jelas bagi menentukan kepimpinan negara yang bersih dan berani dalam usaha memerangi rasuah.

“Pemimpin politik perlu komited untuk perjuangkan reformasi institusi yang melibatkan soal ketirisan, keterbukaan dan rasuah.

“Ia boleh bermula dengan mengkaji semula akta-akta yang memberi ruang kepada salah guna kuasa, termasuklah komitmen untuk memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selain itu, katanya, pemimpin politik juga mesti bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah.

“Ia boleh dimulakan dengan memastikan mereka yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibawa ke muka pengadilan tanpa pengecualian, walaupun mungkin mengaitkan ahli politik.

“Langkah ini dapat memberi keyakinan kepada rakyat dalam usaha memerangi rasuah.

“Sebagai contoh, Singapura terus meningkat ke tangga tujuh dalam Indeks Persepsi Rasuah 2016 apabila institusi perbankan di Singapura yang terlibat dengan skandal 1MDB telah diarahkan ditutup dan mereka terlibat disabitkan hukuman penjara,” katanya.

Beliau berkata, mereka juga tidak boleh menyalah gunakan kedudukan politik dan mempunyai akauntabiliti sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat.

“Ini dapat dimulakan dengan mengisytiharkan harta sebelum bertanding pada PRU14. Saya yakin jika rakyat tidak berkompromi dalam isu rasuah, ahli-ahli politik, sama ada parti pemerintah mahupun pembangkang, terpaksa bersetuju dan mengangkat tiga pendirian ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");