Sukan Hari Ini

Ranieri terdesak kembali menang

LEICESTER City dilihat terdesak untuk cuba kembali ke landasan kemenangan seterusnya mengelak daripada zon penyingkiran.

Mengakui situasi itu, Pengendalinya, Claudio Ranieri turut didesak pengendali kelab untuk segera mencari kemenangan dan mencatat 40 mata.

“Bos saya mengatakan 40 mata. Cuba dapatkan 40 mata. Ia sebenarnya tekanan untuk saya.

“Memang saya lihat dia kurang senang dengan prestasi sekarang. Tetapi bagi saya, pemain sudah buat yang terbaik dan untuk mengulangi seperti musim lalu agak sukar,” katanya.

Untuk rekod, dari 22 perlawanan, Leicester sudah mengalami 11 kekalahan dan hanya berjaya mencatat lima kemenangan.

The Foxes berada di kedudukan ke-15 dengan 21 mata.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");