Sukan Hari Ini

Razif terkejut nama dicalon Timbalan Presiden FAM

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif merasa terkejut apabila mengetahui namanya turut dicalon untuk merebut jawatan timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagaimanapun berkata beliau belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Katanya pertimbangan sewajarnya perlu dilakukan kerana jawatan itu memerlukan tanggungjawab serta komitmen yang tinggi khususnya ketika rakyat Malaysia amat mengharapkan sukan bola sepak negara kembali menyinar di peringkat antarabangsa.

“Saya belum memutuskan apa-apa keputusan. Berikan saya masa untuk memikirkan sedalam-dalamnya agar keputusan dibuat nanti adalah yang terbaik untuk semua pihak khususnya kepada rakyat negeri Terengganu.

“Terengganu sendiri tidak mencalonkan saya dan saya juga tidak mengetahui mana-mana negeri dan persatuan yang mencalonkan saya,” katanya kepada pemberita selepas meyaksikan perlawanan antara Terengganu menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Ahmad Razif berkata pada masa sama berkata beliau tidak mahu tugasnya sebagai menteri besar terganggu sekiranya terpilih memikul tugas timbalan presiden FAM.

“Kita perlu lihat situasi yang sebenar sebelum memutuskan apa-apa jawapan,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");