Jenayah

Rempuh kenderaan buat pusingan U mengejut

Bangi: Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) parah apabila kereta dipandunya merempuh kenderaan yang membuat pusing U mengejut di Jalan Bangi di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.35 petang, Muhammad Zafi Radzuan, 28, yang memandu kereta Proton Wira dikeluarkan orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Azmel Kamarudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.41 petang dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi didapati seorang mangsa cedera dan dikeluarkan orang awam sebelum anggota bomba tiba,” katanya.

Menurutnya, saksi kejadian mendakwa mangsa merempuh pacuan empat roda yang membuat pusing U mengejut.

“Kami difahamkan kenderaan Honda H-RV yang dirempuh mangsa baru dibeli dan dalam perjalanan untuk diserahkan kepada pemiliknya,” katanya.

Menurutnya, mangsa cedera di kepala dan dirawat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berada di lokasi.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");