Membawang Hari Ini

Ribbit istimewa Tahun Baharu Cina

KECERIAAN kanak-kanak berterusan sepanjang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina ini apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan tayangan sebuah filem animasi menarik bertajuk Ribbit terbitan KRU Studios yang telah mengungguli trofi Filem Animasi Cereka Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-27 (FFM27).

Filem arahan Chuck Powers yang diadaptasikan ke dalam Bahasa Malaysia dan diarahkan oleh pengarah filem tempatan Mamat Khalid ini menemui penonton cilik seisi keluarga pada 30 Januari ini, jam 10 pagi menerusi saluran TV1.

Merupakan filem kedua antarabangsa KRU Studios selepas kejayaan filem berjudul Vikingdom, filem animasi 3D ini diterbitkan menerusi anak syarikatnya Kartun Studios.

Ribbit menampilkan suara artis-artis tempatan seperti Johan Raja Lawak, Elfira Loy, Awie, Datuk Aznil Hj Nawawi, Izzue Islam, AR Badul, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.

Ribbit mengisahkan seekor katak yang mengalami krisis identiti mengembara di hutan dalam pencarian hala tuju hidupnya.

Dia ditemani rakan karibnya iaitu seekor tupai, bertemu dengan pelbagai binatang yang bercakap dalam dialek dan bahasa berbeza, sebagai metafora seseorang yang mengelilingi dunia.

Meneruskan tradisi, KRU Studios dengan lagu-lagu tema filem, Ribbit menampilkan lagu Dikau Saja yang dijadikan lagu tema dinyanyikan kumpulan Forteen.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");