Membawang Hari Ini

Rindu set penggambaran

Sebelum ini wajahnya sering menghiasi kaca TV menerusi drama popular antaranya Jangan Tegur Lagi.

Selain berlakon, Datin Rebecca Nur Al Islam turut mengembangkan bakat dalam dunia pengacaraan apabila mengendalikan program mencari entiti paranormal, Seekers.

Selepas sekian lama tidak beraksi, Rebecca mengakui rindu untuk kembali ke set penggambaran.

“Tak dinafikan, saya sangat rindu untuk kembali aktif berlakon. Selepas empat tahun berehat, kemungkinan besar tahun ini saya akan kembali berlakon.

“Ramai peminat mahu lihat lakonan saya. Hanya pelakon tahu bagaimana rasa rindu untuk berada di set,” katanya.

Tambah Rebecca lagi, memandangkan anak makin membesar maka lebih mudah untuknya kembali bekerja.

“Insya-Allah, saya sudah bersedia. Kalau dulu saya tak sampai hati sebab anak masih kecil,” katanya.

Ditanya mengenai karakter idamannya, Rebecca berkata, dia meletakkan beberapa syarat.

“Meskipun ada banyak tawaran, saya agak memilih apabila bercakap soal watak. Apabila sudah bertudung, sudah tentu banyak perkara perlu saya jaga walaupun ia sekadar lakonan.

“Saya tak mahu watak yang terlalu ‘berani’ dan seksi kerana perlu menjaga hati banyak pihak. Suami tidak pernah menghalang minat saya untuk kembali belakon, tetapi sebagai isteri saya perlu tahu kedudukan saya selain kena menjaga hati keluarga.

“Keluarga jadi keutamaan, jadi saya tak boleh berjauhan dengan mereka terlalu lama. Ada sesetengah produksi tak boleh ikut syarat yang ditetapkan. Tak mengapalah, saya yakin rezeki ada di mana-mana,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan terima sekiranya ditawarkan melakonkan watak ibu, Rebecca berkata, ia bergantung kepada kesesuaian usia.

“Kalau jadi ibu kepada kanak-kanak, saya terima. Tetapi, jika ‘anak’ itu tak jauh beza dengan usia saya, tak mungkin saya terima.

“Walaupun ia hanyalah lakonan, biarlah nampak realistik. Tak mungkin saya jadi ibu untuk anak yang sudah dewasa,” katanya.

Bagaimanapun, Rebecca sentiasa mengharapkan 2017 menjadi permulaan yang baik buat dirinya sebagai anak seni.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");