Membawang Hari Ini

Risau soal keselamatan, Kenchana jaga sendiri anak kecil

KUALA LUMPUR: Bimbang keselamatan anak, pelakon, Kenchana Devi, 43, memilih untuk menjaga sendiri cahaya matanya tanpa pertolongan pembantu.

Katanya, pelbagai berita yang disiarkan di media massa mengenai kanak-kanak yang didera oleh pembantu rumah menyebabkannya nekad untuk menguruskan keluarga tanpa perkhidmatan mereka.

“Saya memang tidak menggunakan khidmat pembantu rumah. Gementar dan takut juga apabila membaca cerita budak kecil didera dan diperlakukan sesuka hati. Ia membuatkan saya memilih untuk menjaga anak saya sendiri.

“Umur anak bongsu saya, Mithrasa Devi, pun sudah hampir memasuki dua tahun. Saya dan suami (Saravanadrvan Girupai) bergilir-gilir menjaganya jika saya mempunyai komitmen lain atau perlu ke Kuala Lumpur, seperti menghadiri majlis hiburan. Saya beruntung kerana suami seorang yang memahami,” katanya yang menjadikan Seremban sebagai tempat tinggal.

Ditemui pada majlis Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31), baru-baru ini, Kenchana berkata, selain sibuk menguruskan keluarga dan rumah produksi sendiri, beliau turut menjalankan perniagaan produk penjagaan kulit secara dalam talian.

“Saya lihat, berniaga secara dalam talian lebih praktikal untuk saya yang mempunyai anak kecil. Ketika nama masih diingati, saya juga hendak mencuba nasib seperti sesetengah artis lain yang turut menceburi dunia bisnes. Saya bersyukur apabila produk yang dijual menerima maklum balas positif,” katanya.

Hampir tiga tahun menyepikan diri, Kenchana berkata, beliau belum meninggalkan dunia seni. Sebaliknya beliau kini lebih bersikap selektif, apatah lagi si kecil juga masih menyusu badan.

“Saya berniaga melihat kepada peluang dan keadaan semasa. Selagi nama dikenali, saya juga mahu memanfaatkannya. Sambutan terhadap produk saya juga cukup menggalakkan. Saya pula tidak perlu membuka kedai atau kios, cukuplah dengan berniaga dalam talian. Dalam keadaan sekarang pun saya sudah tidak menang tangan,” katanya yang turut mempunyai ejen jualan sendiri.

Kenchana berkahwin dengan Saravanadrvan pada Mac 2013. Menerusi perkahwinan pertama, beliau dianugerahkan tiga cahaya mata iaitu Pathieswaran, Tashvetha Dewi dan Mishaalin Devi.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");