Sukan Hari Ini

Rooney Ingin Ceburi Arena Pengurusan

LONDON: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney mendedahkan bahawa dia mahu menyertai pengurusan kelab selepas menggantung but.

Memetik sumber AFP, pemain berusia 31 tahun itu, berjaya mencipta rekod jaringan terbanyak United, sudah memiliki wang yang cukup banyak untuk bersara dan menghabiskan keseluruhan hidupnya dengan berehat, bagaimanapu kapten England itu terlalu menyayangi sukan Bolasepak.

“Keseluruhan hidup saya adalah di sekitar bola sepak, dan ketika saya akan menamatkan karier, saya minat untuk cuba kekal dalam permainan dan saya harap dapat peluang untuk menjadi pengurus,” kata Rooney kepada BBC semalam.

“Saya rasa apabila anda sudah sedikit tua anda mula berfikir lebih sedikit mengenai permainan dan itu adalah sesuatu yang saya suka lakukan.

“Pemain yang bermain dalam generasi ini memiliki wang yang cukup untuk tidak menyertai pengurusan, jadi mereka yang mahu melakukannya boleh menjadi berjaya.”

Terdahulu Rooney mengatasi rekod Bobby Charlton di United dengan 249 gol dengan sepakan percuma menakjubkan untuk United terikat 1-1 dalam Liga Perdana Inggeris berdepan Stoke Sabtu lalu.

Namun selepas 15 tahun di saingan teratas bola sepak dan 250 gol buat United, Rooney mengakui mencari jaringan masih memberikannya kepuasan kepadanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");