Membawang Hari Ini

Rumah Fizo dinaiki air

Banjir teruk di beberapa negeri di Semenanjung menyebabkan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke kawasan selamat.

Ramai tidak menjangkakan tahun baru disambut dengan dugaan mengejut itu.

Malah, beberapa kawasan yang tidak pernah ditenggelami air dilaporkan banjir antaranya kampung halaman Fizo Omar di Kampung Selising, Pasir Puteh, Kelantan.

Selain itu, jalan menuju ke Kuala Lipis, Pahang turut terputus menyebabkan Datuk Siti Nurhaliza tidak dapat pulang membantu keluarga di kampung.

Ikuti komen dua selebriti ini mengenai situasi banjir di kampung masing-masing.

Fizo Omar (Pelakon/Usahawan)

“Rumah di Kampung Selising tidak pernah ditenggelami air dan musibah kali ini memang tidak dijangkakan.

Malah, ketika banjir teruk di Kuala Krai dua tahun lalu, kawasan kampung masih terselamat.

Selama 40 tahun keluarga menetap di sana, tak pernah pula berlaku, tetapi kali ini air melimpah masuk ke dalam rumah sehingga tidak sempat menyelamatkan barang dan perabot.

Ada anggota keluarga terpaksa menetap di rumah saudara-mara sementara menunggu keadaan kembali pulih.

Menurut ramalah kaji cuaca, hujang lebat dijangka beransur kurang sebelum Mac.

Oleh itu, walaupun air sudah surut kami sekeluarga sudah bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan sekiranya banjir lagi.”

Datuk Siti Nurhaliza (Penyanyi)

“Jumaat hingga Ahad lalu saya mengadakan majlis perjumpaan bersama Sitizoner dan media di Kuala Lipis, Pahang.

Saya memilih tarikh itu kerana jadual kosong dan mahu meluangkan masa selama tiga hari di kampung halaman.

Ketika itu keadaan masih elok namun sehari selepas majlis tamat tiba-tiba kampung banjir.

Pada masa itu, saya sudah kembali ke ibu kota. Dalam masa terdekat saya tidak dapat pulang ke Kuala Lipis untuk membantu keluarga kerana laluan terputus ditenggelami air.

Ibu ada bersama saya sekarang cuma adik-beradik dan saudara-mara di kampung.

Walaupun tidak dapat pulang, saya sentiasa memantau keadaan keluarga di sana menerusi media sosial.

Saya mendoakan banjir cepat surut dan semua mangsa dapat pulang ke rumah masing-masing.”

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");