Membawang Hari Ini

‘Running Man’ akan terus bersiaran

BERITA gembira buat peminat rancangan realiti popular ‘Running Man’ apabila SBS Entertainment mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa ia akan terus bersiaran lapor Soompi.

Dalam satu kenyataan rasmi, SBS mengatakan keputusan tersebut dibuat setelah reaksi daripada peminat rancangan tersebut yang kecewa dengan berita pemberhentian siaran program tersebut.

“Pengarah SBS Entertainment, Nam Seung Yong telah berjumpa bertemu dengan keenam-enam ahli peserta rancangan tersebut awal tahun ini dan meminta maaf dengan apa yang telah terjadi.

“Beliau yang juga orang yang bertanggungjawab mewujudkan rancangan ini sangat bersyukur apabila keenam-enam ahli Running Man bersetuju untuk kekal bersama program tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi, SBS turut berterima kasih buat peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada rancangan tersebut walaupun terdapat banyak kontroversi yang berlaku.

“Kepada peminat, kami akan mencuba yang terbaik khusus buat mereka yang sudah bersama dengan kami selama tujuh tahun ini, di Korea Selatan mahupun di luar negara,” katanya.

Sebelum ini, peminat rancangan tersebut gempar apabila berita mengenai dua ahli rancangan tersebut ditendang keluar dengan alasan untuk memperbaharui format program itu.

Bagaimanapun, selepas kontroversi tersebut mendapat kecaman ramai, pihak SBS mengumumkan pula bahawa program itu akan tamat bersiaran pada Februari 2017.

Rancangan Running Man kini akan terus bersiaran dengan enam orang ahlinya iaitu Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha, Lee Kwang Soo, Kim Joong Koon dan Song Ji Hyo.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");