Membawang Hari Ini

Rusdi bengang dengan pelakon baru

Kuala Lumpur : Pelakon dan pengarah Rusdi Ramli kesal dengan sikap segelintir pelakon baru yang lebih mementingkan soal bayaran daripada kualiti kerja.

Rusdi, 47, berkata, ada antara mereka yang menetapkan bayaran sehingga RM15,000 bagi satu telefilem.

“Perkara ini memang wujud dalam industri kita sekarang. Mereka menetapkan bayaran yang tinggi bagi satu telefilem tapi komitmen kerja hanya empat hari berbanding kebiasaan selama seminggu.

“Kalau kualiti lakonan itu bagus dan seperti apa yang diharapkan pengarah, saya okey lagi. Tapi ini tidak. Kadang-kadang ada di antara mereka yang sekadar melontarkan dialog tapi tak tahu apa yang disampaikan,” katanya kepada Harian Metro.

Rusdi yang kini sibuk mengarah drama Padamu Ku Bersujud berkata, dia juga pelik dengan sikap segelintir produksi yang lebih mementingkan jumlah pengikut artis untuk ditawarkan berlakon.

“Perkara ini sudah menjadi satu trend. Apa yang saya perasan mana-mana artis yang mempunyai jutaan pengikut di Instagram lebih mendapat perhatian. Sedangkan kalau dikaji dengan betul perkara itu tak membantu dari segi kualiti kerja pun.

“Pengikut mereka kebanyakannya nak mengetahui kisah peribadi saja. Bagi saya untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti jangan nak mementingkan rupa paras pelakon semata-mata.

“Tidak salah nak memberi peluang kepada pelakon yang betul-betul boleh berlakon dan menjayakan sesuatu watak dengan baik. Ada banyak pelakon sebegitu yang dipinggirkan,” katanya.

Menurut Rusdi, apa yang dikongsikan itu adalah berdasarkan pengalamannya yang pernah terkena dengan pelakon baru.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");