Sukan Hari Ini

Sadio Mane Boleh Bantu Liverpool

LONDON:Legenda Liverpool, Steven Gerrard, berpendapat persembahan buruk yang dialami skuad The Reds ketika ini adalah disebabkan ketiadaan Sadio Mane.

Berikutan itu, Gerrard menjangkakan persembahan bekas kelabnya itu akan kembali pulih selepas kepulangan bintang antarabangsa Senegal berkenaan dari saingan Piala Negara-Negara Afrika.

Memetik sumber Agensi, skuad kendalian Jurgen Klopp hanya meraih satu kemenangan sejak awal tahun ini – prestasi hambar selepas Mane berlepas ke Gabon pada awal bulan ini.

“Ia jelas untuk semua orang melihatnya, dia seorang pemain terbaik dan kita merasai kehilangannya,” kata Gerrard kepada BT Sport.

“Dia hadir dengan kadar yang tidak dapat diduga. Bagi memperkuatkan pasukan, anda perlu bergerak dari belakang dan bekerja selama 90 minit.

“Apa yang dia lakukan kepada pasukan lawan, lebih dari dua pemain bimbang dengan ancamannya – yang menjadikannya berbeza dengan pemain lain.”

Sementara itu, Liverpool kini ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea selepas mengalami kekalahan mengejut 2-3 kepada Swansea minggu lalu.

Skuad Klopp juga tersingkir dari saingan tempatan termasuk Piala Liga apabila kecundang di tangan Southampton, Rabu lalu dan terbaru dikejutkan Wolves dengan kekalahan 1-2 dalam Piala FA, sebentar tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");