Sukan Hari Ini

Saingan empat penjuru jawatan presiden FAM

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan empat tokoh dicalonkan 20 ahli gabungan untuk merebut jawatan presiden badan induk itu pada Kongres Pemilihan FAM ke-53, 25 Mac depan.

Menurutnya, empat tokoh itu adalah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat.

Bagaimanapun Hamidin tidak mendedahkan jumlah pencalonan yang diterima setiap calon.

Menurutnya semua calon perlu mengesahkan sama ada bersedia untuk bertanding sebelum 13 Februari ini.

Katanya, senarai calon akhir akan diumumkan pada 20 Februari ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");