Jenayah

Saksi kes bunuh dicari

Johor Bahru: Polis sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan kes bunuh lelaki yang ditemui parah di Jalan Wadihana di sini Khamis lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, pekerja cuci kereta di Singapura berusia 36 tahun itu ditemui orang awam di jalan berkenaan kira-kira 9.30 pagi.

“Mangsa yang beralamat di Kota Masai di sini, mengalami kecederaan di bahagian badan, tangan, mulut, mata dan kepala akibat ditoreh disyaki menggunakan senjata tajam.

“Mangsa kemudian dihantar ke HSA di sini, untuk menerima rawatan dan dilaporkan meninggal dunia kira-kira 8.20 pagi semalam,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang mencari seorang saksi yang juga individu pertama yang melihat kejadian itu.

Katanya, orang ramai yang juga tahu mengenai kejadian itu juga diminta tampil membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Asisten Suprintendan Afdal di talian 013-771 1152 atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-221 899,” katanya.

Setakat ini, katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes sebagai kes bunuh dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");