Jenayah

Samun Depan Pejabat, Kontraktor Rugi RM80,000

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor bangunan berputih mata setelah wangnya berjumlah RM80,000 disamun oleh tiga lelaki bersenjata dan bertopeng di hadapan pejabatnya di Jalan PJS 9/1A, Lagoon Perdana, Bandar Sunway, tengah hari kelmarin.

Memetik sumber Harian Metro mangsa yang berusia 39 tahun dikatakan mengeluarkan wang berkenaan dari sebuah bank di Kelana Jaya, Petaling Jaya, kira-kira jam 11.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, suspek telah bertindak menyerang mangsa menggunakan parang sebelum melarikan beg silang milik mangsa.

“Sebaik tiba di hadapan pejabatnya, pengadu menekan loceng untuk membuka pintu premis dan secara tiba-tiba didatangi tiga lelaki bersenjatakan parang sepanjang kira-kira 0.6 meter,” katanya.

Tambahnya suspek yang datang dari arah belakang terus menarik beg berkenaan dengan kuat, bagaimanapun mangsa cuba melawan.

“Mangsa yang cuba melawan diserang menggunakan parang menyebabkan dia mengalami kecederaan pada jari kelengkeng tangan kanan.

“Suspek meragut beg silang yang digalas mangsa sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Honda City berwarna kelabu yang berada di jalan hadapan pejabat itu,” katanya.

foto/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");