Panasnya Hari Ini

‘Saya Bukan Anti-Cina’ – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata menegaskan beliau bukanlah seorang yang anti-Cina sebaliknya beliau adalah seorang pro-rakyat dan Malaysia yang berbilang kaum.

Sambil mengucapkan ‘Kong Hee Fatt Choy’, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta penyokong yang berbangsa Cina ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.

“Kebelakangan ini, banyak cubaan yang dilakukan pelbagai pihak yang melabel saya sebagai anti-Cina. Ini adalah satu agenda politik. Mereka tahu mereka berbohong.

“Mereka mahukan Cina agar tidak menyokong DAP dan parti lain yang ingin menyingkirkan Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri,”katanya menerusi blog beliau.

Ujarnya lagi, pihak tersebut juga tidak menentang pelaburan langsung asing (FDI) dari China.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau menentang penghijrahan besar-besaran dari mana-mana negara.

“Mana ada negara yang benarkan penghijrahan besar-besaran. Menjual tanah kepada orang rasing supaya mereka boleh bina bandar untuk orang asing bukan FDI.

“Rekod menunjukkan semua bangsa makmur semasa saya menjadi perdana menteri. Malah Malaysia dikenali sebagai Harimau Asia,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");