Jenayah

‘Saya sangka dia pekerja bank’

Sungai Petani: ‘Sebelum kejadian, saya dapati seorang lelaki duduk di atas motosikal kuning berhampiran bank, saya tidak sangka dia cuba untuk merompak’.

Itu kata seorang lelaki yang juga saksi yang enggan dikenali mengenai kejadian cubaan rompak yang dipatahkan di sebuah bank di Taman Ria Jaya, semalam.

Katanya, dia menunggang motosikal di sekitar kawasan berkenaan sebelum terlihat suspek dan bergerak melepasinya.

“Lelaki itu tidak nampak mencurigakan dan saya sangka dia mungkin pekerja bank yang menunggu premis berkenaan dibuka,” katanya di lokasi.

Menurutnya, dia meneruskan perjalanan sebelum berpatah balik dan ketika itu, dia terlihat berlaku kekecohan di dalam bank berkenaan.

“Ada orang beritahu saya bank itu dirompak. Saya lihat seperti berlaku pergelutan di dalam bank itu tetapi tidak mendengar bunyi tembakan.

“Tidak lama kemudian, anggota polis tiba dan menahan suspek terbabit,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan ulasan daripada pengurus serta kakitangan bank berkenaan gagal apabila mereka enggan mengulas mengenainya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");