Berita Hari Ini

Sektor pendidikan diperkasa – Mahdzir Khalid

PUTRAJAYA: Bermula tahun ini, guru kelas dan guru akademik biasa mesti menguruskan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS-Offline).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, aplikasi operasi sekolah lain termasuk Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS) dan Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) akan dilaksanakan guru dilantik seperti Guru Data dan Setiausaha Peperiksaan.

“Inisiatif itu dibuat bagi mengurangkan kerencaman tugas guru kerana perlu memberi lebih tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Mahdzir berkata, kerajaan meluluskan cadangan penstrukturan semula Kementerian Pendidikan pada Disember tahun lalu bagi memberi kuasa kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dalam membuat keputusan membabitkan beberapa perkara.

Katanya, pihak kementerian bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan memuktamadkan langkah itu selepas urusan waran perjawatan diselesaikan.

“Bagaimanapun, perincian perkara itu akan diumumkan kemudian,” katanya.

Beliau turut mengumumkan 11 daripada 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) akan diubah kepada aktiviti pendidikan lain secara berperingkat untuk memaksimumkan penggunaan fasiliti dan infrastruktur yang tidak digunakan.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");