Perak Hari Ini

Seramai 32,463 Murid Tahun 1 Berdaftar di Perak

IPOH : Seramai 32,463 murid tahun satu telah mendaftarkan diri untuk memulakan persekolahan ke sekolah rendah di seluruh Perak, pada tahun ini.

Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, Rahimah Mohamed berkata, selain itu, seramai 32,163 pelajar tingkatan satu mendaftarkan diri di sekolah menengah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyambut kehadiran pelajar darjah satu di Sekolah Kebangsaan Convent, di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata, program menyambut kehadiran yang diadakan tersebut telah dianjurkan dibawah JPN Perak.

“Program pada hari ini adalah dibawah JPN Perak di mana semua pegawai, ketua sektor termasuk Pengarah dan semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bergerak ke sekolah untuk bersama-sama menyambut kehadiran murid-murid untuk sesi persekolahan tahun 2017.

“Semua pegawai-pegawai akan berada di pagar sekolah bagi menyambut kehadiran murid-murid terutamanya tahun satu dan tingkatan satu.

“Ini adalah untuk melihat supaya perjalanan sekolah berada dalam keadaan teratur dan terkawal bagi mengelak sebarang isu yang tidak diingini,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");