Membawang Hari Ini

Serina tunggu masa perjelas isu rumah tangga

KUALA LUMPUR: Pelakon, Serina Redzuawan, akan hanya tampil membuat penjelasan mengenai rumah tangganya yang dikatakan goyah apabila tiba masanya untuk berbuat begitu.

Buat waktu ini, Serina yang turut dikenali sebagai penerbit dan pengacara, enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Baru-baru ini, anak kepada Datuk Chef Wan yang juga ibu kepada dua cahaya mata, Tristen Tareef dan Isabella Saffiya, dikatakan berkunjung ke mahkamah syariah.

Serina mendirikan rumah tangga bersama lelaki Inggeris, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar pada 1 Januari 2010.

“Apabila tiba masanya, saya akan tampil menjelaskan segala isu yang berbangkit. Ketika ini, saya belum bersedia memberikan sebarang komen dan berharap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga saya,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Berhubung pemergiannya ke mahkamah syariah, Serina memilih untuk tidak mendedahkan tujuannya berbuat demikian.

“Mengenai hal ini, semuanya masih dalam rundingan. Nanti sudah tiba waktunya, saya umumkan. Semuanya belum tahu lagi, doakan yang terbaik,” jawab Serina.

Sekitar Julai tahun lalu, muncul khabar angin mengatakan mahligai dibina pelakon terbabit bersama Salahudin goyah selepas hampir enam tahun hidup bersama.

Sisipan B*POP menerusi kolum Desas-Desus sebelum ini turut menyiarkan cerita daripada sumber yang memaklumkan, rumah tangga pelakon itu sedang berantakan.

Sumber berkenaan berkata, keretakan perkahwinan mereka bagaimanapun tiada kaitan dengan kehadiran orang ketiga, sebaliknya ia terlalu peribadi untuk dikongsi.

Tindakan Serina yang sudah lama tidak memuat naik foto mereka sekeluarga di laman sosial miliknya, sebaliknya lebih banyak berkongsi mengenai perniagaan yang diusahakan selain aktiviti seni, turut dikatakan menjadi penunjuk kepada perkahwinan terbabit berada di hujung tanduk.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");