Sukan Hari Ini

Setuju Turunkan Harga Tiket

TERENGGANU:Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersetuju untuk menurunkan harga tiket terbuka kepada RM10 berbanding RM15 bagi perlawanan membabitkan pasukan Terengganu dalam saingan Liga Perdana pada musim ini.

Perkara itu dipersetujui Presiden PBSNT, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar Terengganu semalam dan memaklumkannya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor khususnya permintaan daripada penyokong yang meminta agar harga tiket diturunkan berbanding harga asal RM15.

“Diharapkan dengan penurunan harga tiket ini akan membolehkan lebih ramai peminat hadir memberikan sokongan kepada pasukan Terengganu setiap kali beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak,” katanya.

Terengganu akan beraksi di tempat sendiri menentang pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) malam esok dalam perlawanan pembuka tirai Liga Perdana 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");