Perak Hari Ini

Sitiawan Catat Kes Kecurian Kabel Paling Tinggi

SITIAWAN: Sebanyak 1,359 kes telah dicatatkan berlaku bagi tahun 2016 melibatkan kes kecurian kabel telekomunikasi di seluruh negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ujarnya lagi, sebanyak 886 kes iaitu 65 peratus kecurian kabel telekomunikasi dilaporkan berlaku di kawasan Sitiawan sekaligus menjadikan jumlah tertinggi kejadian itu bagi tahun lepas.

“Polis akan memburu mereka, jadi mereka akan diburu serta disiasat hingga ke akar umbi,” tegasnya.

Tegasnya lagi, ia merupakan satu sindiket yang berleluasa malah pihak polis digesa untuk menyiasat perkara ini dengan lebih teliti dan menyeluruh.

“Kecurian kabel bukan satu perkara baru malah Majlis keselamatan Negeri dipertanggungjawabkan memantau dan ia dibawah kendaliaan dan pengawasan kejadian ini.

“Ia melibatkan beberapa infrastruktur untuk masyarakat dan Kerajaan negeri memandang serius sekiranya berlaku sabaotaj kepada kawasan tiang -tiang eletrik,” katanya kepada media ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran bekas Ahli Parlimen Lumut Tan Sri Kong Cho Ha .

Beliau terdahulu menceritakan pengalamannya sendiri melihat kejadian kecurian kabel yang berlaku berhampiran kediamannya awal pagi semalam.

“Kejadian berlaku selepas solat subuh, saya dan pengawal keselamatan terlihat seseorang sedang memanjat tiang telefon dan menimbulkan kecurigaan.

“Tetapi kami tidak berjaya mengejarkan dan individu itu melarikan diri ” katanya yang turut memuat naik gambar kecurian itu menerusi laman Twiternya.

Tambahnya lagi, operasinya begitu licik apabila dilakukan pada awal pagi dan berlaku disekitar jalan utama.

Malah jelasnya mereka menyamar seolah-olah seperti pekerja syarikat telekomunikasi yang sama sekali tidak menimbulkan keraguan.

“Kami banyak dapat maklumbalas bagaimanapun ia tidak hanya melibatkan mereka yang melakukan kecurian tetapi juga pembelinya.

“Saya yakin sekiranya ia disiasat dengan teliti kita dapat mengesan dan saya serah kepada pihak polis menjalankan siasatan,” katanya.

Tegas Zambry lagi, ia melibatkan harta awam dan tidak boleh berkompromi dan tidak dibenarkan untuk terus berlaku.

Sitiawan mencatatkan jumlah tertinggi kes diikuti dengan Taiping; (139 kes); Batu Gajah (107 kes); Tapah (34 kes) dan Ipoh (38 kes).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");