Membawang Hari Ini

Skala seni Shah Rukh Khan

BINTANG ternama ini begitu signifikasi namanya di Malaysia. Meskipun bintang besar dari Bollywood ini mencipta fenomena yang bukan calang-calang di negara kelahirannya, namun Shah Rukh Khan, 51, telah dianugerahkan gelaran Datuk beberapa tahun lalu bagi mengenang usaha aktor kelahiran New Delhi ini dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.

Barangkali darjat yang dikurniakan itu dilihat tepat kerana di India sendiri, Shah Rukh Khan (SRK) dirujuk sebagai raja dalam dunia lakonan di negara itu.

Pengamal media juga memberi pelbagai gelaran seperti Badshah of Bollywood, King Khan, King of Romance dan The King of Bollywood.

Untuk rekod, bintang hebat ini sudah pun beraksi lebih 70 filem pelbagai genre sejak melangkah dalam dunia lakonan Bollywood lewat 1980-an.

Bermula sebagai pelakon drama, bintang SRK akhirnya digilap selepas berjaya sebagai watak hitam dalam beberapa buah filem, antaranya Darr, Baazigar dan Anjaam yang ditayangkan pada 1994.

Namun peralihan fasanya daripada pelakon ‘suam-suam kuku’ kepada pelakon paling popular menerusi filem pecah panggung, Dilwale Dulhania Le Jayenge di samping rakan baiknya, Kajol pada 1995.

Filem itu menjadi tular lalu memancing mata ramai peminat filem Hindi seluruh dunia.

Dua tahun selepas itu, populariti suami kepada bekas pelakon, Ghauri Khan ini kembali gah apabila muncul dalam filem romantik, Dil To Pagal Hai bersama dua heroin hebat, Karisma Kapoor dan Madhuri Dixit.

Filem itu menjadi bualan ramai yang mengakui, SRK tidak hanya memiliki fizikal menarik semata-mata, tetapi aura dan pesonanya di layar perak begitu mengagumkan.

Sejak itulah, profil seninya dijulang tinggi, jauh meninggalkan aktor seangkatannya.

Deretan filem hits lain seperti Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein dan Kabhi Khushi Kabhie Gham melengkapi status cemerlangnya sebagai pelakon sejati.

Terbaru, aktor ini muncul menerusi sebuah filem berjudul Raees arahan Rahul Dholakia yang mengangkat kisah hidup penjenayah dikenali sebagai Abdul Latif.

Berlatarkan tahun 1980 di Gujarat, ia mengisahkan Raees (lakonan SRK) yang berdepan pelbagai cabaran dalam perniagaan dan hidup. Selain SRK, bintang lain yang turut terlibat dalam filem hebat ini ialah Mahira Khan dan Nawazuddin Siddiqui.

Pemerhati filem memang tidak sabar menantikan respons penonton terhadap filem ini kerana mahu membandingkan dengan sebuah lagi filem hebat lakonan aktor tersohor, Aamir Khan iaitu Dangal yang mendapat reaksi positif dalam kalangan penonton seluruh dunia.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");