Isu Panas

“Skrip Sama, Pelakon Berbeza”

KUALA LUMPUR:Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menegaskan bahawa Pas menyindir budaya politik di negara ini yang hanya mendedahkan kesalahan pemimpin apabila tidak lagi berkuasa.

Memetik laporan Sinar Harian, ujarnya ia bertentangan ketika pemerintahan pemimpin tersebut apabila semuanya diam membisu.

“Inilah budaya, apabila tidak berkuasa semua terdedah. Semua pakat bersuara tentang salah laku pemimpin sebelumnya,” katanya.

Malah jelasnya sikap tidak baik itu berlaku di dalam tata kelola pentadbiran di negara ini.

“Sifir mudahnya, buatlah apa sahaja sewaktu kamu berkuasa, kerana semuanya kebal tidak ada siapa yang berani menyentuh. Ia akan terdedah apabila sudah tidak berkuasa.

“Inilah yang berlaku kepada Tun Dr Mahathir (Mohamad) sekarang. Segala yang beliau lakukan akan terdedah. Selama ini semuanya menikus,” katanya.

Malah jelasnya kini yang menjadi mangsa perbuatan pemimpin yang tidak telus ialah rakyat.

“Pemimpin dan kroni tidak terasa dengan permainan mereka, tetapi rakyat menderita kerana asas ekonomi negara kucar kacir. (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) pun perlu ambil ingatan, apa yang berlaku mengenai 1MDB (1Malaysia Development Berhad) juga akan terdedah apabila beliau tidak ada kuasa.

“Oleh itulah ia tidak akan selesai jika hanya tukar individu, bukan sistem. Siapa pun naik maka itulah yang berlaku kerana skrip sama, cuka pelakon berbeza. Sebab itu Pas yakin perubahan bersama Islam untuk selamatkan negara dan rakyat di negara ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");