Panasnya Hari Ini

SPRM Dicengkam Kuasa Politik Pemerintah – Mahfuz

KUALA LUMPUR : Persaraan awal bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Datuk Bahri Mohamad Zain pada 30 Disember lalu menggambarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini di bawah cengkaman kuasa politik pemerintah ke atas badan tersebut.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau berasa kagum dan bercampur sedih di atas kenyataan Bahri yang mengambil keputusan bersara awal kerana kecewa atas kegagalan kes SRC International untuk dibawa ke mahkamah.

Ujarnya lagi, Bahri juga memainkan peranan penting menyiasat SRC International dan menjadi perhatian apabila sejumlah RM42 juta didakwa ditemui dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

“Kenyataan Bahri telah menggambarkan betapa kes berprofil tinggi tidak menjadi keutamaan dalam institusi perundangan memerangi rasuah di negara ini.

“Amat malang bagi rakyat dan negara yang terpaksa kehilangan seorang lagi pegawai SPRM yang sangat komited, berani danpenuh berintegriti dengan kerja memerangi rasuah berprofil tinggi.

“Kenyataan Bahri menggambarkan bagaimana cengkaman kuasa politik pemerintah ke atas SPRM dan institusi perundangan sedang bermaharajalela,”katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Sehubungan itu, Mahfuz berharap agar Bahri tidak mengakhiri perjuangan dalam memerangi rasuah berprofil tinggi sekadar bersara awal.

Mahfuz berharap agar Bahri dapat bersama memimpin rakyat untuk memerangi rasuah berprofil tinggi melalui proses demokrasi.

“Ayuh Bahri! Rakyat sedang menantimu dan rakan-rakan untuk bebaskan Malaysia kita dari rasuah dan perasuah yang menjijikkan.

“Ayuh kita bersama rakyat membentuk ‘kawanan helang’ untuk merobek undang-undang sarang labah-labah bagi memastikan undang-undang negara kita bukan undang-undang sarang labah-labah yang hanya menghukum golongan kecil ataupun marhaen sahaja,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");