Jenayah

STAGG gempur sindiket judi, maksiat

KUALA LUMPUR: Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) menumpaskan sindiket perjudian dengan menahan 400 kaki judi di seluruh negara sepanjang minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata dalam serbuan itu STAGG turut merampas 2,398 unit komputer yang diubah suai menjadi mesin judi.

“Syabas STAGG @PDRMsia gempur judi seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Tahan 400 orang dan rampas 2,398 komputer judi. #GoPDRMGo,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya, malam tadi.

Sementara itu, Khalid turut mengumumkan kejayaan STAGG menumpaskan sindiket pelacuran di seluruh negara selepas menahan 241 pelayan pelanggan (GRO) dan tukang urut di seluruh negara minggu lalu.

Mengenai kejayaan itu, Khalid mengumumkannya dengan berkata: “Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur maksiat di seluruh negara sepanjang minggu lalu, tahan 241 GRO dan tukang urut. #GoPDRMGo,” katanya.

-Bh Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");