Jenayah

Suasana pilu iringi pengebumian Pegawai JPJ

PONTIAN – “Tidak sampai 10 minit selepas saya hantar pesanan WhatsApp kepada ayah, saya dikejutkan dengan panggilan telefon mengenai kejadian yang menimpa ayah,” kata Fatin Shazreen, 27 anak kepada kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jaiman Sapar, 53 yang maut ditetak.

Fatin Shazreen anak kedua arwah berkata, beliau ada menghantar pesanan ringkas memaklumkan kepada bapanya mengenai rawatan susulan penyakitnya di Hospital Sains Universiti Malaya ( HUSM ) Kubang Kerian, Kelantan.

“Saya hantar Whatsapp pada kira-kira pukul 12.10 tengahari dan pada pukul 1.00 tengahari mendapat telefon dari keluarga di Pontian mengenai kejadian yang menimpa bapa saya,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Fatin Shazreen tiba dari Besut Terengganu, malam tadi bersama ibunya Rohani Hassan 48’yang merupakan bekas isteri arwah bersama kakak dan adiknya Fatin Shazleen, 28, Fatin Shazween, 17.

Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam, Jalan Parit Ismail, Benut apabila jenazah arwah Jaiman Sapar yang dibunuh pada tengahari semalam selamat dikebumikan pada kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Kira-kira 200 orang terdiri dari penduduk kampung, sanak saudara serta rakan-rakan sekerja dari Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) Daerah Pontian, Batu Pahat dan Seremban hadir pada pengebumian itu.

Dalam kejadian pada tengahari semalam, Allahyarham Jaiman Sapar, 53 yang bertugas di JPJ Daerah Pontian, terbunuh setelah ditetak oleh individu tidak dikenali sebaik sahaja tiba di rumah sewanya di Kampung Parit Pak Intan, Parit Sikom.

Allahyarham mengalami kecederaan parah di bahagian leher dan bahu selain kesan tusukan oleh senjata tajam di bahagian perut dan disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Pontian.

Sementara itu, salah seorang rakan sekerja di JPJ Pontian, Sharin Shariff, 38, beliau sepertimana rakan-rakan yang lain merasa terkejut dengan kejadian yang menimpa rakan sejawatnya pada hari semalam.

Katanya, Allahyarham merupakan seorang baik dan amat disenangi oleh rakan sekerja yang lain serta sentiasa memberikan bantuan dan pertolongan memandangkan pengalaman beliau yang lama bertugas di JPJ.

“Kami semua amat terasa kehilangan arwah yang kami anggap sebagai bapa kerana selalu menjadi tempat rujukan meminta nasihat sama ada mengenai tugas atau yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman ketika dihubungi menyatakan gerakan memburu suspek yang terlibat sedang giat dijalankan selepas pembunuhan.

“Operasi turut menahan penagih tegar yang dipercayai boleh membantu menahan suspek yang telah melakukan pembunuhan kejam itu,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");