Sukan Hari Ini

T-Team lega kongsi satu mata

MESKIPUN gagal melunaskan impian memulakan kempen Liga Malaysia (Liga M) dengan langkah kanan, namun pasukan berstatus kelab T-Team tetap apabila berjaya berkongsi satu mata selepas kedudukan terikat 1-1 pada aksi pembuka tirai saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Pengendalinya, Rahmad Darmawan mengakui secara keseluruhannya pemain gagal beraksi dengan corak permainan sebenar pasukan gara-gara keadaan padang yang tidak sesuai sehingga memaksa pemain melakukan hantaran-hantaran jauh.

Begitupun katanya, dia tetap berpuas hati dengan komitmen pemain yang terus menunjukkan keinginan untuk menampilkan rentak positif dan turut mencipta deretan peluang di depan gawang lawan, namun gagal disempurnakan dengan jaringan.

“Sebaliknya pasukan lawan memerangkap kami dengan serangan balas dan kami tidak bersedia untuk menghadapi situasi itu sehingga membawa kepada jaringan penyamaan mereka.

“Malah, tonggak utama serangan kita juga, Farhod (Tadjiyev) dilihat agak keseorangan di bahagian depan kerana kami tidak bermain dengan hantaran-hantaran pendek seperti kebiasaannya semasa sesi latihan,” katanya.

Mengulas lanjut perlawanan tersebut, ketua jurulatih kelahiran Indonesia itu turut berbangga dengan penampilan pemain mudanya apabila mereka bukan sahaja mampu memberi situasi berbeza malah berupaya mencemaskan gawang pelawat.

Katanya, kemasukan (Mohd) Azalinullah dan (Mohd) Zarulizwan sememangnya memberi sedikit perubahan dan secara keseluruhannya berpuas hati dengan persembahan mereka.

“Biasalah pemain muda, mereka sedikit gelojoh apabila berada di depan gol sehingga terlepas peluang keemasan untuk meledakkan gol. Apa pun saya puji kesungguhan mereka dan pendedahan berterusan mampu mematangkan mereka.

“Jadi kita akan terus memperbaiki setiap kekurangan pada perlawanan ini untuk memantapkan lagi pasukan menjelang aksi kedua bertemu Pahang di gelanggang lawan Jumaat nanti,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");