Sukan Hari Ini

Tahniah Buat Nicol

Aksi ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David tidak pernah menghampakan apabila berjaya menerima Anugerah Kepimpinan Wanita Tournament of Champion (TOC) minggu lalu.

Nicol yang merupakan juara dunia lapan kali dan juga penyandang pemain skuasy nombor satu paling lama dalam sejarah, menerima anugerah tersebut pada majlis penuh berprestij di Yale Club, New York.

Nicol yang pertama kali menerima anugerah seumpama itu menyifatkan ia sebagai satu penghargaan tertinggi buat dirinya, apatah lagi dia muncul sebagai rakyat Malaysia pertama diberi penghargaan berkenaan.

“Ia satu penghormatan besar apabila menerima anugerah ini. Saya amat berterima kasih kepada komuniti skuasy Amerika Syarikat dan semua yang telah memilih dan menghargai pencapaian saya di dalam sukan skuasy dan berharap anugerah ini dapat menjadi pemangkin kepada semua pemain skuasy di seluruh dunia,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Skuasy Professional (PSA), Ashley Bernhard menyifatkan Nicol sebagai satu inspirasi utama bagi wanita seluruh dunia.

Malah jelasnya pencapaian Nicol selama ini jelas menunjukkan sikap profesionalisme dan kerja kerasnya untuk menyerlah di persada dunia, sekali gus layak menjadikannya salah seorang ikon terbaik wanita.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");