Berita Hari Ini

Tahun ‘Ayam Api’ Boleh Bawa Kemakmuran Pada Negara – Najib

KUALA LUMPUR: Tahun Ayam Api yang diraikan pada tahun ini diharapkan akan menjadi sesuatu yang menguntungkan kepada ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata beliau juga berharap rakyat Malaysia akan terus memupuk semangat perpaduan.

“Diharapkan tahun Ayam Api ini akan membawa lebih banyak kemakmuran kepada ekonomi kita.

“Saya berharap semua usaha kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat boleh dipertingkatkan lagi.”

“Semoga tahun ini juga kita akan melihat negara ini bebas daripada sebarang ancaman, terutamanya dari segi keselamatan negara,” kata Najib ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA.

Perdana Menteri, bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang lain menghadiri Rumah Terbuka di ibu pejabat MCA di sini.

Najib berkata semua rakyat Malaysia perlu meneruskan usaha untuk memupuk keharmonian negara sempena perayaan Tahun Baru Cina yang disambut oleh semua kaum di negara ini.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina di Malaysia,” kata Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");