Perak Hari Ini

Tahun Baru Cina Masa Untuk Buat Perubahan

IPOH : Rakyat di negara ini perlu mengambil peluang untuk melakukan perubahan bagi menyelamatkan negara serta memastikan nilai Ringgit kembali kukuh.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak, Tan Seng Soh berkata, bersempena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini, seluruh rakyat tidak mengira bangsa perlu bersama membuat perubahan.

“Atas semangat perubahan yang perlu dilakukan oleh seluruh rakyat dalam negara kita tidak mengira bangsa untuk bersama-sama membuat perubahan agar Pilihan Raya Umum (PRU14) yang berkemungkinan pada tahun ini untuk mengangkat ‘kuasa rakyat’.

“AMANAH Perak pertamanya menasihatkan anak muda atau sesiapa sahaja yang belum mendaftar sebagai pemilih agar mendaftar segera.

“Dalam masa yang sama, mereka perlu menyemak tempat mengundi kita masing-masing daripada sekarang ini sepanjang cuti sambutan Tahun Baru Cina kali ini,”katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya lagi, beliau turut mengingatkan rakyat agar berhati-hati di dalam sepanjang perjalanan percutian panjang.

Beliau juga berkata, inilah masa untuk menziarahi satu sama lain bagi menyampaikan mesej perubahan demi menyelamatkan negara kita di masa hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");