Membawang Hari Ini

Tak Cemburu Lihat Kejayaan Aiman Tino, Sufian Suhaimi

KUALA LUMPUR:Penyanyi Khai Bahar yang terkenal dengan lagunya bayang mengakui tidak pernah berasa cemburu dengan kejayaan artis seangkatan dengannya seperti Aiman Tino dan Sufian Suhaimi walaupun dia lebih awal mencipta fenomena di media sosial.

Malah dia menganggap kejayaan dua artis itu merupakan rezeki bagi mereka kerana sambutan luar biasa terhadap lagu masing-masing.

“Saya anggap itu semua rezeki yang sudah ditentukan, tapi saya bersyukur single pertama saya Bayang tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada pendengar.

“Cuma rezeki saya belum sampai untuk beraksi di pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu, Insya-Allah saya harap diberi peluang untuk berada di pentas besar seperti itu,” ujarnya memetik sumber MStar Online.

Khai mengulas tentang single pertamanya berjudul Bayang tidak dapat menyaingi lagu rakan seangakatannya seperti Aiman Tino yang popular dengan lagu Rela Ku Benci dan Sufian Suhaimi (Terakhir).

Khai sebelum ini menjadi fenomena apabila duetnya dengan Siti Nordiana di aplikasi Smule menerusi lagu Memori Berkasih menjadi tular dan video itu turut ditonton lebih lapan juta kali di YouTube.

Bagaimanapun Khai menjelaskan bahawa dia menganggap kehadiran penyanyi-penyanyi baharu sebagai satu saingan yang sihat dan sama sekali tidak langsung menjejaskan kerjayanya.

“Saya berada dalam industri ini bukan sebab nak popular sahaja, saya hanya ingin tunjukkan bakat. Jadi, saya tidak rasa terjejas pun jika munculnya penyanyi-penyanyi baru,” ujarnya.-foto/mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");