Membawang Hari Ini

Tak lokek kongsi ilmu

Lebih sedekad berjuang dalam arena seni, trio Bunkface sudah arif dengan selok-belok kembara band rock. Bermula dari bawah mengajar mereka 1,001 perkara.

Dianggotai Shamsul Anuar atau Sam selaku vokalis dan gitaris, Farouk Jaafar atau Youk (basis) dan Ahmad Farhan atau Paan (gitaris utama), band ini disanjung ramai peminat.

Band ini juga tidak menganggap kemunculan banyak kumpulan baru sebagai pesaing sebaliknya melihat ia sebagai penyambung legasi. Oleh itu, mereka tidak lokek berkongsi ilmu dan sentiasa menyokong kehadiran bakat baru.

Itu yang berlaku sewaktu kempen #kasichance oleh Wrigley’s Doublemint yang berlangsung di sebuah restoran di ibu kota baru-baru ini. Diadakan bagi memberi peluang band baru mempamerkan bakat, kehadiran Bunckface nyata menjadi pemangkin semangat.

Meski sekadar menonton, Bunkface berbangga dengan barisan band yang beraksi pada hari itu malah menyifatkan semuanya berpotensi besar.

“Band baru tidak harus mensia-siakan peluang yang diberikan kepada mereka. Kami juga perlu memberikan sokongan kepada mereka.

“Lantas apabila penganjur minta kami hadir sebagai penonton dan memberi komen terhadap persembahan band ini, kami sangat berbesar hati.

“Apa yang boleh saya katakan persembahan mereka sangat bangus meskipun ada beberapa aspek perlu diperbaiki,” katanya.

Pada acara itu, antara band yang tampil membuat persembahan adalah Batika, Feedback, Generation dan Voidavoid. Bermula jam 8.30 malam, hampir 200 peminat setia Bunkface hadir menyokong acara berkenaan.

Bakal diteruskan untuk dua lagi sesi, turut menjayakan kempen #kasichance berkenaan adalah Nik Qistina dan De Fam yang akan membuat penampilan pada 20 Januari, jam 8.30 malam di Live House, TREC.

Manakala pada 27 Januari ini pula giliran pelakon, pengacara, dan penyanyi, Nur Fazura menghiburkan peminat.

Bunkface puas konsert berjaya

Sempat berkongsi mengenai konsert yang berlangsung pada 24 Disember lalu, Bunkface berpuas hati dengan sambutan peminat.

Berlangsung di Stadium Chin Woo, KL, Sam mengakui sokongan yang ditunjukan peminat membakar semangat mereka untuk tampil dengan konsert susulan.

“Secara keseluruhan, konsert ini berjaya di mata kami. Kehadiran lebih 4,000 penonton membuktikan band tempatan masih dihargai.

“Tiada kerisauan kerana kami yakin sekiranya ada konsert lagi selepas ini pasti dapat sambutan. Bagaimanapun, masih banyak perkara yang perlu kami perbaiki,” katanya.

Mengulas perkembangan terkini, Bunkface menumpukan perhatian terhadap lagu terbaru berjudul Orang Kita yang turut menampilkan Amir Jahari.

Sam berkata, Amir adalah calon gandingan yang tepat memandangkan lagu itu ada suntikan irama etnik.

“Kami memilih Amir kerana dia calon paling sesuai. Kami tidak melihat gabungan ini sebagai sesuatu yang pelik kerana dengan adanya Amir karya ini jadi lebih istimewa,” katanya.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");