Jenayah

Tanah runtuh: Jalan Aring 8 – Kuala Berang ditutup

GUA MUSANG: Jalan Aring 8-Kuala Berang, Terengganu yang merupakan jalan alternatif menghubungkan Gua Musang-Kuala Berang, ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian tanah runtuh berhampiran sempadan Kuala Berang.

Jurutera Jajahan Jabatan Kerja Raya Gua Musang Fadhlil Wati Nordin berkata kejadian dipercayai berlaku akibat hujan lebat di kawasan berkenaan sejak dua hari lepas.

“Runtuhan sepanjang 30 meter dikesan berlaku pagi tadi dan kita ambil inisiatif untuk tutup laluan dari Aring 8 hingga ke Kuala Berang sejauh 40 kilometer itu kerana bimbang dengan keselamatan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas meninjau jalan berkenaan, di sini hari ini.

Fadhlil Wati berkata, bagi pengguna dari Gua Musang yang ingin ke Terengganu boleh menggunakan jalan utama Gua Musang-Kuala Krai dan kemudian ke Jalan Machang-Jerteh.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Gua Musang Mohd Yussalmi Mohd Yusof berkata pihaknya turut memantau kejadian tanah runtuh di laluan berkenaan.

Setakat ini hanya jalan tersebut ditutup kepada semua kenderaan sementara jalan-jalan lain termasuk Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang-Kuala Lipis dan Gua Musang-Lojing boleh dilalui seperti biasa, katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");