Berita Hari Ini

Tanjung Offshore kini T7 Global

TANJUNG Offshore Berhad menukar nama syarikat kepada T7 Global Berhad (T7 Global) selepas mendapat kelulusan pemegang sahamnya pada mesyuarat agung luar biasa (EGM), baru-baru ini.

Penukaran itu selaras dengan penjenamaan semula bertujuan mempelbagaikan perniagaan teras T7 Global dalam industri minyak dan gas (O&G).

Dalam satu kenyataan, Pengerusi T7 Global, Datuk Dr Nik Norzul Thani N Hassan Thani berkata, nama baharu syarikat adalah sejajar wawasan baharu pengurusan untuk mengembangkan perniagaan dan kehadirannya di seluruh pasaran.

Katanya, ‘T’ merujuk kepada Tanjung di mana ia bermula, dan ‘7’ mewakili tujuh benua di dunia.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang saham atas sokongan padu mereka.

“Nama baru T7 Global merupakan satu permulaan baru, seperti rancangan strategik kami untuk mengembangkan perniagaan dalam industri O&G yang akhirnya akan mengukuhkan aliran pendapatan kami serta mempelbagaikan bidang baru termasuk aeroangkasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan T7 Global, Rahmandin Md Shamsudin berkata, walaupun berada dalam persekitaran pasaran yang mencabar, T7 Global optimis untuk meneruskan rancangan berkembang di peringkat global, sekali gus menyampaikan nilai kepada pemegang saham syarikat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");