Berita Hari Ini

Tawau bukan transit militan Daesh – Hishammuddin

SUBANG: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Tawau bukan pusat transit militan Daesh dari negara ini untuk menyusup ke selatan Filipina.

Katanya, militan tidak perlu transit kerana dalam dunia tanpa sempadan, mereka boleh bergerak bebas di mana saja dan menyerang sasaran. “Tidak benar Tawau menjadi transit militan Daesh,” katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat Hala Tuju Kementerian Pertahanan 2017 di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media mengenai penangkapan seorang lelaki warga Filipina berusia 31 tahun di Kota Kinabalu bersama wanita dipercayai kekasihnya berusia 27 tahun yang berasal dari Selangor, baru-baru ini.

Pasangan itu dipercayai merancang untuk ke Sandakan sebelum menyusup masuk ke selatan Filipina bagi menyertai kumpulan Daesh pimpinan Dr Mahmud Ahmad yang kini bergabung dengan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) pimpinan Isnilon Hapilon.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, kementeriannya mempunyai kerjasama pertahanan untuk memerangi militan, antaranya bersama Arab Saudi.

Beliau berkata, diplomasi keselamatan turut mengangkat Malaysia di mata dunia menerusi kerjasama ketenteraan dan pertahanan bersama beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, China, Arab Saudi dan negara Eropah.

“Berhubung hala tuju untuk tahun ini, kita terus memfokuskan memerangi militan Daesh, kebajikan anggota dan meningkatkan diplomasi ketenteraan,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");